Monday, March 2, 2009

APA ITU REJIMEN PEMEDIH SEMALAYA?

Rejimen Pemedih Semalaya ialah gabungan pengusaha-pengusaha Nata De Dadih yang beroperasi di kampus ini dan juga kampus-kampus lain (akan datang). Ia bertujuan untuk menyebarkan rasa nikmat memakan Nata De Dadih kepada seluruh warga kampus dan ingin menjadikan aktiviti memakan Nata De Dadih ini suatu budaya yang sihat.

Ia bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada keinginan untuk memperkenalkan Nata De Dadih ke mata dunia setanding dengan makanan-makanan ringan yang lain seperti ais krim, cikedis, keropok lekor dan minuman berkarbonat.

Kami tidak mengamalkan dasar kapitalis dalam perniagaan kami. Kami cuba menerapkan elemen-elemen ekonomi islam dalam setiap transaksi dan urusan perniagaan kami. Lebih kepada tanggungjawap sosial kami iaitu menyebarkan rasa nikmat memakan Nata De Dadih.

Dengan motto "Alternatif kepada keperluan kalsium anda", kami berharap produk ini mendapat sambutan hangat oleh peminat Nata dan Dadih, khasnya dan seluruh warga Malaysia, amnya.

No comments:

Post a Comment