Monday, March 2, 2009

SEJARAH PENUBUHAN

Pada mulanya, idea penubuhan ini tercetus apabila melihatkan perkembangan penjualan Nata De Dadih di kampus ini semakin pesat. Melihatkan perkembangan ini, salah seorang dari peniaga Nata De Dadih ini mengambil langkah initiatif untuk memajukan lagi perniagaan ini ke alam siber melihatkan potensi untuk ia berkembang berada di situ.

Pada awal perniagaan, ia hanya dipelopori oleh 2 orang peniaga sahaja. Walaupun sebelum ini sudah ada peniaga dadih yang maju, tetapi oleh kerana ia berlainan dari produk kami iaitu Nata De Dadih.

Idea penjualan Nata De Dadih hanya muncul ketika 2 peniaga (pengasas) ini bekerja secara part time di sebuah kedai runcit pada 2 minggu sebelum bulan ramadhan 2008. Mereka mula mereka blueprint projek ini dan merangka unjuran kewangan untuk masa sebulan perniagaan. Idea asalnya hanya untuk membuat duit raya. Tetapi dek kerana seronok berniaga, ianya diteruskan sehingga selepas tamat pengajian.

Ianya berkubur setakat itu sahaja.

Selepas sesi pendaftaran pada semester baru, idea ini muncul kembali setelah blueprint projek ini berjaya ditemui kembali. Atas nama tugasan akademik, 4 orang pelajar cuba memulakan kembali perniagaan Nata De Dadih dengan teknik yang serba baru dan pasaran yang lebih luas.

Kini nama Nata De Dadih semakin meniti di bibir-bibir para peminat dadih seluruh kampus.

Impian pengasas Nata De Dadih mula menampak hasil apabila ramai peminat mula ingin mendapatkan resepi dan tips. Jika perniagaan ini adalah perniagaan Multi Level Marketing (MLM), sudah tentu para pengasas ini kini sudah menjadi salah seorang ahli perniagaan terhebat dan dikeliling wanita cantik-cantik. Aha!

No comments:

Post a Comment