Saturday, April 11, 2009

NATA DE DADIH 101 ; PERSEDIAAN

Bagi seseorang yang mahu menjalankan perniagaan secara serius, hal kewangan adalah yang paling dititikberatkan dalam segala aspek perniagaan. Ya, walaupun perniagaan itu adalah kecil-kecilan. Siapa yang mahu dapat kerugian, kan? Jadi, aspek pengurusan kewangan adalah yang paling penting. Aspek-aspek lain seperti pemasaran, production dan lain-lain akan menyusul kemudian dengan licin jika aspek kewangan dijaga dengan baik.

Mula-mula sekali kita kena lihat kepada kemampuan kita. Kita nak buat besar-besaran atau takat nak lepas duit belanja harian sahaja. Ini termasuklah melihat dari aspek ruang lingkup perniagaan kita. Kalau besar, modal pun kena besar. Kalau kecil, modal pun ciput je la. Dalam kes perniagaan aku, ruang perniagaan aku setakat dalam kampus ini sahaja. So, modal pun tak besar sangat.

Macam mana nak jadikan ia sesuatu yang mudah tapi tetap dapat duit?

Cari rakan kongsi perniagaan. Cari yang benar-benar mahu cari duit, boleh harap dan boleh dipercayai. Lepas tu, modal boleh dibahagi antara rakan kongsi. Kalau takat market kecil macam aku, 2 orang rakan kongsi sudah mencukupi. Itu termasukkan perniagaan di kolej dan gazebo fakulti ekonomi. Sebagai pelajar, aku terpaksa bahagikan masa antara akademik dan perniagaan.

Soal modal sudah lepas. Sekarang kita cerita pasal pembekal pula.

So, untuk kampus utara ini, aku syorkan untuk beli barang mentah dadih ni di Ramesh Frozen Food di Changlun. Mereka tak bagi aku apa-apa diskaun atau komisen untuk aku promote kedai mereka di sini. Tapi itu-lah hakikatnya. Kedai ini menyediakan harga yang jauh lebih murah, layanan yang cepat, semua bawah satu bumbung (one stop centre) dan barang yang sentiasa ada. Ini adalah senarai harga barang yang aku dah survey di sekitar Changlun.

Serbuk Nata (Happy Grass) : RM4.50 (semua perasa) X 4 peket
Nata De Coco (Sepeket) : RM3.70 X 2 peket
Cawan dadih (100 cups) : RM10.00 X 1 peket
Sudu (100 pcs) : RM1.80 X 1 peket
Gula pasir (Sepeket) : RM1.45 - Kalau nak beli yang timbang, lagi murah. Tapi gula kasar la. - 2 peket
Susu Cair (Satu tin) : RM2.50 X 4 tin

Kalau korang dapat beli barang-barang ini dengan harga yang lebih murah, maka kos anda akan jadi lebih rendah. Kosnya lebih kurang RM50 untuk mengeluaran 96 cups dadih. So, pandai-pandai la nak bahagi kos antara rakan kongsi macam mana pun. Kalau rasa nak buat lebih, modal jadi RM100 untuk 192 cups dadih. Ini adalah satu standard yang aku tetapkan untuk perniagaan aku. Nak ikut boleh gak.

(Standard 1 : RM50 untuk 96 cups sahaja. 1 tin susu cair untuk 24 cups, setengah peket dadih untuk 12 cups, do your own math)

Harga standard untuk satu cawan dadih adalah RM1.00. Maka, untuk Setiap RM1 yang anda laburkan menjadi modal, anda akan mendapat pulangan sebanyak RM1. Berbaloi kan? Kalau RM50, anda dapat balik RM50 untung. Amacam? Best tak niaga dadih?

Modal dah ok. Harga bahan mentah pun dah ok. Pemilihan bahan mentah pun ok. Next lesson, kita lihat proses pembuatan pula. Tapi kena tunggu lain kali la pula. Kalau tak paham tentang lesson kali ini, just hantar soalan di ruangan komen ya!

See you then.

7 comments:

  1. WAh.. plan perniagaan yang baik... sapa taknak klau labur RM50, dapat balik RM50 kan?
    sokongan dari Minda Insan. =)

    ReplyDelete
  2. Post sampai sini je ke? Alammak... Sy selak2 blog nak timba ilmu dadih ni.. Sy nampak kebolehpasarannya di Dlm ipt. Cuma rajin atau malas nk buat je Dan jg kerjasama student utk jujur. Sy baru baca thn 2016. Sy bru nk start buat mcm yg awk usahakan pd thn 2009. 7thn beza bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabaran skrg lg ekstrim.. Student ke bekerja ke sume cari side income..

      Delete
    2. da cuba ke? saya baru nk try. huhu

      Delete
    3. Dah.. Boleh g. Tp sbb sy ada kekangan masa. sy xbuat sbulan 30hari tu.. sy buat sbulan 20hari dengan limited number.

      Delete
  3. sy tengah kaji sebelum mulakan bisnes dadih. Kata pakcik saya yg hanya kerja kerani tp bisnes kebaboom2, dia cakap sekarang x boleh dh modal 50 sen untung 50 sen. memang untung tapi penat. Kos petrol untuk beli barang, gas untuk masak dadih, letrik untuk fridge tu lagi, last2 modal jadi 70-80 sen. do the math la yea kalau berbaloi boleh teruskan. Dia pesan la... modal 50 sen jual 2 hengget. Kalau nk jual 1.50, modal kena 0.375 sen. sy xtau la ni dia yg ckp XD. Good luck to all

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kalo full-time boleh kuat lg bro. tp kalo part-time takut cepat surrender kalo guna sifir zaman dlu, :)

      Delete