Showing posts with label 101. Show all posts
Showing posts with label 101. Show all posts

Saturday, April 11, 2009

NATA DE DADIH 101 ; PERSEDIAAN

Bagi seseorang yang mahu menjalankan perniagaan secara serius, hal kewangan adalah yang paling dititikberatkan dalam segala aspek perniagaan. Ya, walaupun perniagaan itu adalah kecil-kecilan. Siapa yang mahu dapat kerugian, kan? Jadi, aspek pengurusan kewangan adalah yang paling penting. Aspek-aspek lain seperti pemasaran, production dan lain-lain akan menyusul kemudian dengan licin jika aspek kewangan dijaga dengan baik.

Mula-mula sekali kita kena lihat kepada kemampuan kita. Kita nak buat besar-besaran atau takat nak lepas duit belanja harian sahaja. Ini termasuklah melihat dari aspek ruang lingkup perniagaan kita. Kalau besar, modal pun kena besar. Kalau kecil, modal pun ciput je la. Dalam kes perniagaan aku, ruang perniagaan aku setakat dalam kampus ini sahaja. So, modal pun tak besar sangat.

Macam mana nak jadikan ia sesuatu yang mudah tapi tetap dapat duit?

Cari rakan kongsi perniagaan. Cari yang benar-benar mahu cari duit, boleh harap dan boleh dipercayai. Lepas tu, modal boleh dibahagi antara rakan kongsi. Kalau takat market kecil macam aku, 2 orang rakan kongsi sudah mencukupi. Itu termasukkan perniagaan di kolej dan gazebo fakulti ekonomi. Sebagai pelajar, aku terpaksa bahagikan masa antara akademik dan perniagaan.

Soal modal sudah lepas. Sekarang kita cerita pasal pembekal pula.

So, untuk kampus utara ini, aku syorkan untuk beli barang mentah dadih ni di Ramesh Frozen Food di Changlun. Mereka tak bagi aku apa-apa diskaun atau komisen untuk aku promote kedai mereka di sini. Tapi itu-lah hakikatnya. Kedai ini menyediakan harga yang jauh lebih murah, layanan yang cepat, semua bawah satu bumbung (one stop centre) dan barang yang sentiasa ada. Ini adalah senarai harga barang yang aku dah survey di sekitar Changlun.

Serbuk Nata (Happy Grass) : RM4.50 (semua perasa) X 4 peket
Nata De Coco (Sepeket) : RM3.70 X 2 peket
Cawan dadih (100 cups) : RM10.00 X 1 peket
Sudu (100 pcs) : RM1.80 X 1 peket
Gula pasir (Sepeket) : RM1.45 - Kalau nak beli yang timbang, lagi murah. Tapi gula kasar la. - 2 peket
Susu Cair (Satu tin) : RM2.50 X 4 tin

Kalau korang dapat beli barang-barang ini dengan harga yang lebih murah, maka kos anda akan jadi lebih rendah. Kosnya lebih kurang RM50 untuk mengeluaran 96 cups dadih. So, pandai-pandai la nak bahagi kos antara rakan kongsi macam mana pun. Kalau rasa nak buat lebih, modal jadi RM100 untuk 192 cups dadih. Ini adalah satu standard yang aku tetapkan untuk perniagaan aku. Nak ikut boleh gak.

(Standard 1 : RM50 untuk 96 cups sahaja. 1 tin susu cair untuk 24 cups, setengah peket dadih untuk 12 cups, do your own math)

Harga standard untuk satu cawan dadih adalah RM1.00. Maka, untuk Setiap RM1 yang anda laburkan menjadi modal, anda akan mendapat pulangan sebanyak RM1. Berbaloi kan? Kalau RM50, anda dapat balik RM50 untung. Amacam? Best tak niaga dadih?

Modal dah ok. Harga bahan mentah pun dah ok. Pemilihan bahan mentah pun ok. Next lesson, kita lihat proses pembuatan pula. Tapi kena tunggu lain kali la pula. Kalau tak paham tentang lesson kali ini, just hantar soalan di ruangan komen ya!

See you then.